Cobra Pahang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 163 on Mon 12 Apr 2021, 10:18 pm

muhasabah diri dan penghayatan

+2
afqh
dark soul
6 posters

Page 5 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:02 am

Assalamualaikum semua...

Hikmah berselawat ke atas Rasulullah

DARIPADA Ubai bin Ka'ab, katanya: "Ya Rasulullah saw! Aku banyak menggunakan
masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan
masa berselawat bagi tuan. Maka, sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

Baginda menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka." Aku berkata: "Aku hendak
peruntukkan sesuku daripada masaku." Baginda bersabda: "Sekadar mana yang
engkau suka dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku."
Rasulullah bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu
lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku."
Baginda bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu
lebih baik untukmu."

Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk
berselawat kepada tuan." Baginda bersabda: "Jika demikian, terpelihara dan
terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbingkanmu sama
ada perkara dunia mahupun akhirat dan diampunkan dosamu..."

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata
kepadaku.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada
Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang
itu."

Malaikat Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan
aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh
nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Malaikat memberikan jaminan
masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Begitu besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi
Muhammad saw. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Lagipun, bukan sukar atau mengambil masa yang panjang untuk berselawat ke
atas Nabi. Lafaznya cukup mudah. Itulah tanda kasihnya Allah dan Nabi
Muhammad saw kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan
memperoleh ganjaran daripadanya.

Pada Jumaat yang mulia ini, umat Islam turut dituntut membanyakkan membaca
selawat ke atas Nabi. Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat pada
Jumaat adalah kasih sayang daripada Baginda.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya antara hari kamu yang paling
mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana
selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty KFC

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:06 am

You think this is true?

Read on...
KFC has been a part of American traditions for many years.

Many people, day in and day out, eat at KFC religiously.
Do they really know?
What they are eating?
That was some very upsetting facts.

First of all, has anybody noticed?
That just recently, the company has changed their name?
Kentucky Fried Chicken has become KFC.
Does anybody know why?
The real Reason was because of the "FRIED" food issue.

IT'S NOT!!

The reason why they call it KFC is because they cannot use the word chicken anymore.

Why?

KFC does not use real chickens.They actually use genetically manipulated organisms.
These so called "chickens" are kept alive by tubes inserted into their
bodies to pump blood and nutrients throughout their structure.They have no beaks, no feathers, and no feet.Their bone structure is dramatically shrunk to get more meat out of them.This is great for KFC.Because they do not have to pay so much for their production costs.There is no more plucking of the feathers or the removal of the beaks and feet.

The government has told them to change all of their menus so they do not say
chicken anywhere.If you look closely you will notice this.

Listen to their commercials, I guarantee you will not see or hear the word chicken.

Together we make KFC start using real chicken again.


abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:18 am

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...
>Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka;biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai
masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan merekam dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya
"pengaruhi mereka untuk belanja, belanja,belanja dan hutang, hutang,hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu,10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti,rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara
hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau kaset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka
dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan
iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan e-maill remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat beritadan promosi-promosi yangmenyediakan barangan dan perkhidmatan percuma;dan impian palsu."
"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan
mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan peningkepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka maknaIslam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ketaman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya,
persoalannya di sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY)
bermakna :
Berada di bawah telunjuk Syaitan??????
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:19 am

Apakah Impian Anda.....?
======================

Tersebutlah kisah dua beradik yang tinggal di sebuah pangsapuri
80 tingkat.Pada satu hari ketika pulang ke rumah, mereka mendapati bahawa pangsapuri yang didiami mengalami kerosakan bekalan kuasa.
Selepas seketika mereka mengambil keputusan mendaki tangga sahaja untuk pulang kerumah mereka ditingkat 80.
Mereka mendaki dan mendaki tangga sehingga ke tingkat 20,
mereka tercungap-cungap dan juga merasa jemu, mereka membuat keputusan untuk meninggalkan beg mereka dan akan kembali mengambilnya kemudian.

Selepas meninggalkan beg, mereka meneruskan pendakian.
Ketika mereka sampai ke tingkat 40, adik lelaki mula mengomel dan mereka berdua mula berkelahi.
Namun mereka tetap meneruskan pendakian sambil berkelahi hingga ke lantai ke-60.
Mereka kemudian sedar bahawa mereka hanya mempunyai 20 lebih tingkat sahaja untuk sampai ke destinasi dan membuat keputusan
untuk berhenti berkelahi dan meneruskan memanjat
dengan keadaan penuh keamanan.

Mereka dengan tenang memanjat anak tangga hingga akhirnya sampai rumah mereka. Masing-masing berdiri dengan tenang di muka
pintu dan menanti salah seorang untuk membuka pintu. Dan mereka mula tersedar bahawa kunci rumah yang tersimpan di dalam beg
telah mereka tinggalkan di tingkat 20.

Hahahahahahaha?.. mungkin ada dari anda akan tertawa; tetapi,
ini mungkin bukan sebuah jenaka! Dan jika anda kelihatannya tertawa, walau sedikit pun ...
mungkin kini tiba masanya untuk anda merenung kembali apa yang tersirat disebalik cerita?..

*****************************************************

Cerita ini adalah suatu renungan gambaran hidup kita ...
kebanyakan daripada kita hidup untuk memenuhi kemahuan atau jangkaan ibubapa, guru dan kawan semasa kita muda.

Kita jarang membuat perkara yang benar-benar kita suka atau
inginkan. Di awal umur 20an kita mula merasa tertekan dengan kehendak dan kemahuan orang lain sehingga kita menjadi letih,
bosan dan membuat keputusan untuk membuang muatan yang dipikul untuk menikmati hidup. Dengan bebas dari segala tekanan dan stress,
kita berusaha untuk menggapai cita-cita dan memimpikan impian yang membara.

Tetapi apabila kita berumur 40an, kita mula kehilangan visi kita
dan bersama- sama dengan apa yang kita impikan dan matlamat dalam hidup. Kita mula merasa tidak puas hati dan mula mengadu dan mengkritik.
Kita mula hidup hidup di dalam kesengsaraan kerana sering tidak puas hati.

Ketika berumur 60an, kita mulai sedar bahawa kita mula mempunyai sedikit lagi masa untuk mengadu dan kita berjalan menuju
ke destinasi terakhir dengan penuh keamanan dan ketenangan. Kita rasa yang tidak terdapat satu pun yang boleh mengecewakan
kita, namun sahaja kita sedar bahawa kita
tidak dapat melupakan impian yang tidak tercapai..... sebuah
impian yang telah kita buang lebih kurang 60 lebih tahun dahulu ......

Maka apakah impian anda? ......Jangan Padamkan Impian Anda ....
Capai impian anda supaya anda tidak akan hidup dengan perasaan sesal..... dan anda akan ada cerita untuk dikongsi dengan orang yang anda sayangi.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:21 am

Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...
Just to share something that is quite interesting....
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty ketahui kesalahan diri

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:22 am

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan
diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi
tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah.
Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari
yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.
Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin
lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang
setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan
majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang
kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih
bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak
mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat
hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam
itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam
benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu
ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang
ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu
hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa
airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti ?"
tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali
melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan suaminya
berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa
engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah
dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada
peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia
menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri.
Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau
jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia
yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya
adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana
kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri
kita... INSYA ALLAH.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Kisah Rasulullah dan Limau

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:24 am


Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula.

"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis arbain yang ke 13:
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra.,pelayan Rasulullah saw,bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas dapatlah di fahami betapa pentingnya kita menyintai saudara kita sendiri,lebih2 lagi sahabat kita yang bersama2 dalam kehidupan kita.Mungkin hari ini kita tak memerlukan sahabat kita.Tapi esok,luse siapa tahu di saat kita dalam kesusahan,kesedihan sahabatlah yang menjadi tempat mengadu.
Mungkin dalam mengejar cita2 dan sibuk dengan tugas2 seharian,kita lupa untuk menunaikan hak sahabat kita.Pernahkah terfikir mungkin ada sahabat kita yang pernah berkecil hati dengan kita?Mungkin perlakuan kita?perkataan kita?sampai hati kita berkata sesuatu yang boleh melukakan hati sahabat kita

Pernah tak dengar ayat ni?. ‘Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya’
Pernah tak terfikir yang selama ini kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang tak baik buat sahabat kita?Kesian sahabat kita..Jadi mulai saat ini marilah kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang paling baik buat sahabat2 kita!

Suatu ketika seorang Sahabat bertanya Rasulullah saw,'Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?'

Jawabnya:'Seorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt,apabila kamu dengar percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam bertambah,apabila kamu melihat kelakuannya,kamu teringat kepada kehidupan akhirat'
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:24 am

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. >Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." - (Surah Al-Ahzab:71"
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:25 am

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan.

Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..
Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci.

Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta:Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan.

Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain.

Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:26 am

Mahalnya sebuah kehormatan
==========================

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia
menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu
menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.

Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap
saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.

"Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada
orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah
berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil
menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.

Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang
kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan
sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty MALAYSIA PELIK TAPI BENAR

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:26 am

a) Lebih ramai anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang terkorban
akibat kemalangan udara daripada akibat berperang.

b) Di Israel, sebuah negara Yahudi tidak terdapat pun seekor ****,
tetapi Malaysia, sebuah negara Islam, mengeksport ****.

c) Berjudi dan minum arak adalah haram di kalangan orang Islam,
tetapi syarikat-syarikat seperti Magnum, Genting dan Guinness Anchor
mempunyai CEO dan Deputy Chairman yang beragama Islam.

d) Apabila Jabatan Agama Islam mengharamkan penyertaan wanita Islam
di Malaysia dalam pertandingan ratu cantik untuk menjaga kehormatan
mereka, yang aneh golongan yang kuat membangkang ialah wanita Islam
di Malaysia sendiri.

e) Apabila tiba awal muharam, bermulanya tahun yang baru dalam
kalender Islam, sambutannya dingin. Tapi apabila menyabut tahun
baru, mengikut kalender Kristian, Malaysia, sebuah negara Islam
menyambut dan merayakannya dengan pelbagai acara - live telecast dll.

f) Malaysia yang mempunyai banyak bomoh, pawang dan pengamal ilmu
batin, yang kebal dan boleh menggunakan ubat guna-guna masih kalah
dengan Negara ini telah dijajah beberapa kali - Portugis, Belanda,
Inggeris and Jepun. Kenapa bomoh2 ini tidak menolong negara2 Islam
seperti Palestine dan Iraq apabila dicerobohi?

abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:27 am

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU. Kerana
MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya. Kerana MALU si wanita tahu
menilai batas-batas sosialnya. Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdaya pujukan nafsu. Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya.
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri
tergadai. Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu
HARAM apa itu HALAL. Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan
hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU.
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama
jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT. Kerana MALU, si lelaki
mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGAT! Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu
mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu si
lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR. Kerana hilangnya MALU itu
si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt. Kerana telah hilangnya MALU
itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI
IMAN. Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan
meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya. MALUlah
kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya. MALUlah
kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN MALUlah kamu kerana tidak
menghormati GURU. MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah
kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar
walmungkar!!!

abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty mayat

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:28 am

Salam...

Untuk peringatan bersama ...

Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda
bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

Mayat yang mukanya berbentuk kinzir .Itulah petanda semasa hidupnya
tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.
Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang
semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa
hidupnya suka makan harta yang haram.

Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan
mengumpat orang.

Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih
busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya
berilmu dan beramal soleh.


abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:29 am

Berdoalah kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan".
Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan pada hari itu.
Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH.
Menangislah dan menyesali segala dosa.

- Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.

- Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta subhanakainni
kuntuminaz zolimin" dan sertakan di dalam hati segala hajat kita.

- Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan solatwitir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita dan amalan
kita, serta memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Bersahur

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.
Solatsunat Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar
solatatau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada
Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan
istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati
kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan
yang kita buat.

10.00 pagi - SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg
sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh. - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersolatdengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita
nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg. - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg. - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih
ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg. - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka
dapat hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita
diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya ALLAH , Ya Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah
aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".
Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air,
terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan
berat.

8.00 mlm. - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk,
seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang
baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang
satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua
kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm. - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok
untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH
Taala". (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH
ketika tidur.

abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:29 am

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty ORGANISASI YANG LUAR BIASA PADA SARANG LEBAH

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:30 am

Kehidupan lebah di sarang dan produksi madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan sosial" lebah.

Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan organisasi yang luar biasa.

Pengaturan kelembapan dan ventilasi:

Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki kualiti perlindungan yang amat tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu.

Pada kelembapan di atas atau di bawah batasan ini, madu akan rosak serta kehilangan kualiti perlindungan dan gizinya.

Begitu juga, suhu sarang harus 35 C selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada had tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi.

Jika hari panas, kita akan dapat melihat lebah sedang mengatur ventilasi sarang.

Jalan masuk sarang dipenuhi lebah.

Sambil menempel pada struktur kayu, mereka mengipas sarang dengan sayap. Dalam sarang normal, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain.

Lebah ventilator yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.

Sistem ventilasi ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.

Sistem kesihatan: Lebah menjaga kualiti madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas.

Di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria.

Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang.

Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah berusaha untuk mengusirnya dari sarang.

Cuba sahabat sekalian lihat kesepaduan lebah ini...

Haiwan mampu..bagaimana dengan kita???

Ada akal untuk bijak bertindak...juga punyai hati yang bijak merasai..

Fikir-fikirkan dan jadikan iktibar

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty padan muka AS

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:34 am

Pendedahan Eksklusif

Bala Tsunami pada 26 Disember 2004 yang telah menimpa Aceh, Utara Malaysia,
Phuket, India, Sri Lanka dan Tanzania turut menenggelamkan Pulau Diego Garcia milik
Amerika Syarikat yang terletak di lautan Hindi. Berita ini walaupun dilaporkan
oleh Harian Metro pada keluaran seminggu yang lepas, tetapi media antarabangsa
tidak memperbesarkannya kerana pulau tersebut adalah merupakan sebuah pulau
yang menempatkan pengkalan tentera udara Amerika yang terbesar.

Malapetaka yang menimpa Amerika Syarikat ini telah menyebabkan presiden negara tersebut gundah gulana selama dua hari selepas tragedi 26 Disember tanpa membuat sebarang kenyataan media. Pembaca boleh menyelak semula akhbar lama dan akan mendapati bahawa George Bush baru bersedia untuk membuat kenyataan media terutamanya berhubung dengan malapetaka tersebut pada hari ketiga selepas kejadian.

Difahamkan apa yang menyedihkan Bush ialah kerana Amerika baru sahaja dalam
tempoh sebulan dua ini berjaya menyiapkan satu kekuatan baru di pulau tersebut dengan persiapan senjata-senjata canggih terkini, tentera dan yang paling penting adalah perisik-perisik Amerika yang bertugas di pulau tersebut. Bala Tsunami telah melenyapkan terus pulau itu bersama-sama dengan 5,000 orang tentera, perisik dan senjata. Mengikut satu sumber, persiapan terkini Amerika di pulau tersebut adalah bertujuan untuk melancarkan serangan terhadap Republik Islam Iran dalam satu tempoh masa yang terdekat kerana Amerika gagal berkompromi dengan Iran melalui tuntutan supaya Iran mengiktiraf negara haram Israel.Ini adalah salah satu tanda bahawa ini semua adalah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah di samping petunjuk masjid-masjid di tempat kejadian dipelihara oleh Allah daripada
kemusnahan.Perancangan jahat Amerika dan sekutunya rejim haram Israel ke atas Iran sebagai sebuah negara yang mendaulatkan sistem Islam telah digagalkan
oleh perancangan Allah yang lebih sempurna.

Sejarah ketika berlakunya perang Iraq-Iran ciptaan Amerika selama lapan tahun telah dimenangi oleh Iran walaupun negara tesebut tidak mendapat bantuan dari mana-mana negara pun. Iraq yang dibekalkan dengan berjuta-juta tan senjata oleh Kuwait, Arab Saudi, Turki dan negara-negara bersekutu Amerika yang lain tidak mampu mengalahkan Iran yang hanya bergantung kepada kekuatan dalaman rakyatnya yang cintakan mati syahid.

Pernah satu ketika seramai 70,000 tentera yang lengkap dengan kereta kebal
bergerak dari tanah Iraq menuju ke Iran gagal memasuki sempadan Iran yang hanya disertai oleh seribu tentera bersama dengan kereta kebal. Bukankah ini merupakan satu tanda bantuan daripada Allah? Semasa di peringkat awal kemenangan revolusi Islam Iran, Jimmy Carter presiden Amerika ketika itu menghantar 5 buah helikopter tempur untuk menyelamatkan tawanan rakyat Amerika di bandar Qom. Helikopter-helikopter tersebut terhempas apabila ribut pasir berlaku. Setelah peristiwa itu berlaku, Carter mengarahkan operasi tersebut dihentikan serta merta. Tanda-tanda Islam akan bangkit semula sedang berlaku sekarang terutama sekali apabila regim haram Israel mengalami kekalahan yang memalukan di tangan Hizbullah sebuah
pergerakan kerdil di Lubnan sehingga memaksa regim tersebut berambus dari Lubnan.
Sy harapkan agar peristiwa-peristiwa ini dapat dijadikan iktibar dan tauladan supaya seluruh generasi Muslim kembali semula ke pangkal jalan dengan membawa kemulian panji-panji Islam selaras dengan tuntutan Rasulullah SAW. Segala sengketa dan
permusuhan sesama Muslim wajib dihentikan demi menghadapi musuh yang sama iaitu Amerika dan regim haram Israel, dajal yang telahpun muncul sejak kurun ke-20 dalam bentuk sistem untuk menghancurkan jati diri Muslim dan umat dunia sekeliannya.

abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty pantun nasihat

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:35 am

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...

masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti}
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji}

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka}} penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...

tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah}
tau lak senyap bila dah bunting....

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan}
baru sekarang menyesal bangat....

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Pengunaan "MasyaAllah"

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:37 am

Dear friends,
Mungkin semua dah tahu tapi sebagai peringatan.Pengunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian

Assalammualaikum Sekalian,

Ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok,contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Abdullah, kita sepatutnya menggunakan istilah "MasyaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).


abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:37 am



Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty perbincangan 2 malaikat

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:39 am


Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di masjidil
Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun
dari
langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"
Berkata
malaikat yang seorang lagi : "Enam ratus ribu orang." Bertanya
malaikat
yang bertanya :
"Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima
haji
mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab : "Di antara 600,000 ribu itu hanya
seorang
sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik.
Dia
adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya
diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan
haji
diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera
dia
berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari
tukang
kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari
rumah
tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut
itu,
maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang
lelaki
dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu : "Apa nama saudara." Berkata lelaki itu :
"Nama saya Muwaffaq." Abdullah bertanya : "Tolong terangkan kepadaku
amalan
apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"
Jawab
Muwaffaq : "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab
keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara
mendadak
aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat
untuk
berhaji pada tahun ini.

"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan
dari
rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam),
lalu
aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang
wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."

Jiranku itu berkata : "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku
terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari
tidak
makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan
aku
bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu
aku
masak, maka
makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang kerumah
dan
mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu
dan
aku katakan kepadanya : "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku
berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka
kemanakah aku akan pergi."

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita
miliki
tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah,
tunjukkanlah
padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu
bertanya
lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini
telah
berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW :

"Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka
baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."

abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Peristiwa besar dalam Al-Quran

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:39 am



APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan digunakan sebagai esenjataf bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.

Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolah-olah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.

Ayat itu bermaksud: gBangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.h

Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingk at dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah kesembilan (at-Taubah).

Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.

Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: gInilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.h (Surah Yunus, ayat pertama).

Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: g(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.h

Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar dikurniakan All ah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syufaraaf, ayat ke-192: gDan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.h

Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: gSesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.h

Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614.

Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali m enang dalam tempoh beberapa tahun.

Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran.

Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-Anfaam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mufminuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaaf: 32).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).

Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.




abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:40 am

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan  daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty KEINDAHAN JARI-JEMARI

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:41 am

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty rasulullah

Post  abe yutaka Wed 16 Dec 2009, 6:42 am

Sebelum kita bermula: Di manakah kita berada daripada Rasulullah? :

Kita sering melupakan baginda tetapi insan mulia ini mengingati dan amat menyayangi kita semua. Ungkapan baginda sebelum pergi bertemu Kekasihnya, "Umatku... umatku..." meliputi semua manusia yang hidup semasa kerasulan baginda hinggalah bayi terakhir yang lahir sebelum hari kiamat.

Kita termasuk golongan yang disebut baginda sebagai "ummati". Kita merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh insan agung ini. Nabi Muhammad SAW menangis kerna kita. Menanggung penderitaan kerna kita. Darahnya yang mulia membasahi bumi kerna kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, umatnya.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (At-Taubah: 128)

Nabi Muhammad SAW sayang kita. Hebatnya kasih baginda kepada kita, baginda tak sanggup melihat umatnya terkapai-kapai tanpa pegangan. Terumbang-ambing tak kenal siapa Tuhan. Bergelumang dalam najis kemaksiatan dan kehancuran.

Baginda berkorban segala-galanya demi Islam. Untuk kebaikan umatnya. Kerna kita semua. Namun, apakah yang kita dah buat untuk baginda? Adakah kita telah membuat sekelumit jasa yang boleh membuat Rasulullah bangga dengan kita sebagai umat baginda? Cinta dan kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, apakah kita telah membalas cintanya?

Allah SWT telah memberi kita tempoh semenjak baligh hingga mati untuk kita berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Berselawat ke atas baginda. Menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Menghayati sirah perjalanan hidup baginda. Mempertahankan baginda daripada cercaan kuffar laknatullah. Meneruskan perjuangan dakwah baginda serta memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh baginda. Kita mahu jika Rasulullah masih bersama-sama dengan kita kini, baginda senyum melihat kita. Kalau kita ingat Rasulullah, Rasulullah akan ingat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran baginda membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini: Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya, besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.

Manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan yang cinta akan dunia;

2. Golongan yang menghadapi konflik antara dunia dan akhirat; dan

3. Golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat.

1. Golongan yang cinta dunia

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Mukminun ayat 37:

"Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula."

Mereka ini juga dikenali sebagai golongan materialis. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan nafsu duniawi. Ini disebabkan mereka langsung tidak mempercayai bahawa mereka akan dibangkitkan dan akan dipersoalkan akan apa yang mereka kerjakan.

2. Golongan yang menghadapi konflik antara dunia dan akhirat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali Imran ayat 14:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Mereka menghadapi satu persoalan dalam hati mereka. Mereka tahu apa bahawa mereka akan dipersoalkan pada Hari Perbicaraan kelak. Tetapi mereka berasa sayang untuk melepaskan nikmat-nikmat duniawi. Kadangkala mereka menuntut dunia, kadangkala mereka menuntut akhirat.

3. Golongan yang menjadikan dunia ladang akhirat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-An'am ayat 32:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

Golongan inilah yang dibentuk oleh dakwah dan tarbiyah Rasulullah. Kelahiran baginda membawa rahmat ibadah. Melahirkan golongan manusia yang hidup mereka hanyalah ibadah kepada Allah SWT. Menjadikan segala kehendak dunia di tangan, bukan di hati. Mereka sanggup melepaskan dunia apabila akhirat meminta kerna dunia tak lekat di hati. Rahmat ibadah membaiki manusia daripada kehancuran disebabkan cinta dunia. Satu penyelamatan yang agung!

Rasulullah SAW juga lahir membawa rahmat akhlak sepertimana ungkapan baginda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Baginda diutuskan untuk membentuk manusia. Daripada berakhlak binatang kepada akhlak manusia. Daripada akhlak Jahiliah kepada akhlak Islam. Oh, apakah yang lebih bererti bagi seorang manusia daripada menjadi seorang manusia itu sendiri? Pengutusan baginda merupakan rahmat yang menaikkan taraf manusia menjadi manusia yang sempurna yang berakhlak dengan akhlak-akhlak Islam. MasyaAllah.

Mari kita renung kembali pengorbanan baginda yang agung untuk KITA. Tak basahkah kelopak mata kita hanya memikirkan seorang insan mulia menanggung segala penderitaan yang berat untuk kita? Layakkah kita menikmati hasil pengorbanan yang agung itu tanpa melakukan apa-apa? Apakah kita telah mengenali baginda, insan yang bersusah payah untuk kita? Atau adakah kita hanya mengenali namanya sahaja?!

Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama mengukuhkan keimanan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda berkorban untuk walaupun tak pernah melihat kita. Berkhidmatlah untuk baginda walaupun kita tak sempat bersama-sama baginda.

Pada suatu hari Rasulullah SAW menangis maka para sahabat baginda bertanya, "Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?" Maka jawab baginda, "Aku sangat rindu kepada ikhwanku." Maka sahabat pun berkata, "Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku." - HR Muslim :puppyeyes:

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang menjadi ikhwan Rasulullah SAW ini. Ingatlah, kalau kita rindu Rasulullah, Rasulullah rindu kita.
abe yutaka
abe yutaka

Posts : 615
Join date : 2009-09-02
Age : 33
Location : Balok Kuantan

http://abeyutaka.blogspot.com/

Back to top Go down

muhasabah diri dan penghayatan - Page 5 Empty Re: muhasabah diri dan penghayatan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 5 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum